Connect with us

Oh! Media

Lelaki Bangladesh Ditahan Cuba Rogol Warga Emas

Trending

Lelaki Bangladesh Ditahan Cuba Rogol Warga Emas

Seorang wanita warga emas berusia 65 tahun terpaksa menghadapi detik cemas apabila seorang lelaki warganegara Bangladesh cuba untuk menyelinap ke dalam rumahnya di Taman Skudai awal pagi semalam.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku pada pukul 3.30 pagi yang mana wanita warga emas itu sedang tidur sebelum terdengar bunyi seperti orang membuka tingkap biliknya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa terkejut selepas mendapati terdapat seorang lelaki berkulit gelap berdiri di hadapannya yang mana lelaki tersebut tidak memakai baju dan hanya memakai seluar dalam sambil memegang sebatang besi.

Suspek mengarahkan mangsa supaya diam dan menanggalkan pakaian kerana suspek hendak merogolnya.

Pengadu yang dalam ketakutan hanya menurut apa yang disuruh sebelum suspek cuba untuk merogol mangsa namun tidak berjaya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar

Selain daripada cubaan untuk merogol mangsa, suspek juga memaksa wanita tersebut untuk menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 dan kemudian beredar dari rumah tersebut.

Dzulkhairi berkata, susulan laporan dibuat mangsa, polis berjaya menjejaki lelaki berusia 26 tahun sebelum dia ditahan bersama dua lelaki warga Myanmar berusia 21 dan 26 tahun.

Kesemua warga asing itu bekerja sebagai buruh binaan dan dua lelaki warganegara Myanmar itu turut ditahan selepas terlibat dalam kegiatan samun dan bersubahat dengan lelaki warganegara Bangladesh itu.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas