Connect with us

Oh! Media

Lee Zii Jia Berkabung? Media Sosial Bertukar Warna Hitam

lee zii jia

Trending

Lee Zii Jia Berkabung? Media Sosial Bertukar Warna Hitam

Peminat sukan badminton negara pasti sudah mengetahui keputusan yang telahpun dibuat BAM petang tadi ke atas tindakan Lee Zii Jia keluar dari persatuan induk itu. BAM memutuskan untuk menggantung Zii Jia selama dua tahun untuk menyertai sebarang kejohanan badminton antarabangsa.

ADVERTISEMENT

BACA: Keluar BAM Bukan Sebab Duit, Lee Zii Jia Akui Terima Gaji RM8k Sebulan

Keputusan penggantungan ini dilakukan BAM kerana alasan yang diberikan Zii Jia untuk keluar tidak cukup kuat.

Sebaik sahaja keputusan itu diumumkan BAM, laman sosial Zii Jia curi perhatian ramai apabila gambar profil telah ditukar kapada warna hitam.

Simbolik detik hitam dalam karier Zii Jia

Keputusan penggantungan ini sudah tentu memberi kesan yang mendalam buat pemain yang sedang meningkat naik. Rata-rata peminat Zii Jia cuba memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk tidak berputus asa dan terus buktikan yang terbaik.

Koo Kien Keat turut berikan sokongan kepada Zii jia

Semalam, BAM dalam sidang akhbar mengesahkan, Zii Jia bersama seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Goh Jin Wei tidak akan didaftarkan dalam sebarang kejohanan di bawah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selama dua tahun kerana tindakannya mahu meninggalkan skuad kebangsaan.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas