Connect with us

Oh! Media

Lebih Banyak Bahagian Tubuh Manusia Ditemui Luar Pesisir Jakarta

Trending

Lebih Banyak Bahagian Tubuh Manusia Ditemui Luar Pesisir Jakarta

Semalam kita digemparkan dengan kehilangan pesawat Sriwijaya Air dari radar dan telah dimaklumkan pesawat jenis Boeing 737-500 itu telah terhempas ke dalam laut.

ADVERTISEMENT

Semalam juga beberapa cebisan daging manusia dan peralatan pesawat telah dijumpai dan hari ini dimaklumkan lebih banyak bahagian tubuh manusia dan bangkai pesawat dijumpai di luar pesisir Jakarta.

Setakat ni, punca kejadian masih belum diketahui dan memang agak mustahil untuk menemui mangsa yang terselamat.

Setakat pagi ini, kami telah menerima dua beg (mayat), satu mengandungi barangan milik penumpang dan satu lagi berisi bahagian tubuh. – Kata jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus kepada Metro TV.

Pada waktu ini pihak berkuasa giat mencari lebih banyak penunjuk yang membabitkan kapal perang, helikopter dan penyelam di kawasan titik terhempas.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas