Connect with us

Oh! Media

Lebih 6,000 Pasangan Islam Di Terengganu Memilih Untuk Bercerai

bercerai

Trending

Lebih 6,000 Pasangan Islam Di Terengganu Memilih Untuk Bercerai

Penceraian bermaksud pasangan suami isteri mengambil keputusan untuk berpisah dan menamatkan perkahwinan. Bercerai merupakan perkara yang diharuskan namun ia adalah perbuatan yang paling dibenci oleh Allah.

ADVERTISEMENT

BACA: Terlalu Minat Aaron Aziz Jadi Punca Pasangan Cerai, Pelakon Ini Akui Sedih

Menurut laporan Kosmo, seramai 6,562 pasangan Islam di Terengganu melakukan penceraian sejak 22 bulan lalu, terutama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan.

Purata 11 kes sehari memilih untuk berpisah

bercerai

Mohd. Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu menyatakan bahawa purata 11 kes sehari atau seramai 4,129 pasangan pilih untuk bercerai sepanjang tahun 2020. Untuk bulan Oktober saja, sebanyak 2,433 kes penceraian dilaporkan.

Kuala Terengganu mencatatkan 1,243 kes penceraian pada tahun 2020 dan 680 kes pula pada tahun ini.

Sebanyak 721 dan 430 kes dicatatkan masing-masing pada tahun lalu dan sehingga Oktober lalu di Kemaman.

Mohd Nor menyatakan punca kes penceraian adalah kerana pengaruh media sosial, penyalahgunaan dadah, campur tangan orang luar dan suami tidak berlaku adil dalam poligami.

Selain itu, faktor lain seperti kurang penghayatan agama islam, cemburu, keganasan dalam keluarga dan kekurangan wang belanja juga menjadi asbab penceraian berlaku.

Semoga keluarga kita dihindari dari perkara seperti ini. Jika ada masalah, bermusyawarah la bersama pasangan dan jadikan penceraian sebagai perkara terakhir untuk menyelesaikan masalah. Sesungguhnya, syaitan amat suka akan penceraian.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas