Connect with us

Oh! Media

Lebih 260 Orang Pelarian Rohingya ‘Lari’ Ke Aceh, Dakwa Tak Diterima Di Malaysia

Pelarian Rohigya

Oh! Tidak

Lebih 260 Orang Pelarian Rohingya ‘Lari’ Ke Aceh, Dakwa Tak Diterima Di Malaysia

Seramai lebih 260 pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan selamat tiba di pantai Pereulak Barat, Aceh Timur, sekitar jam 10.25 malam baru-baru ini. 

Menurut laporan Kosmo, mereka difahamkan telah terapung di tengah laut selama beberapa hari sebelum akhirnya mendarat di wilayah paling timur Indonesia itu.

IKLAN

Pegawai Aceh Timur juga telah mengesahkan ketibaan kumpulan ini, tapi lokasi penempatan untuk mereka masih belum diputuskan oleh kerajaan tempatan.

Pelarian Aceh cerita keadaan apabila tiba di Malaysia

Menurut salah seorang pelarian, mereka mendakwa tidak diterima di Malaysia dan perkara itu menyebabkan mereka terpaksa meneruskan perjalanan di laut sehingga akhirnya tiba di Aceh.

Mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak diterima di Malaysia.

Tragedi berulang untuk pelarian Rohingya

Sekadar info, ini bukan kali pertama pelarian Rohingya menghadapi bahaya di laut. 

Pada November 2024, lebih 100 pelarian telah diselamatkan selepas bot mereka karam di perairan Aceh Timur. 

Situasi ini menunjukkan betapa terdesaknya mereka untuk mencari perlindungan akibat konflik di tanah air mereka.

#OhmediaNasihat

Isu pelarian Rohingya terus menjadi cabaran besar buat rantau Asia Tenggara. Kes seperti ini mengingatkan kita tentang kepentingan solidariti dan perikemanusiaan dalam menangani krisis pelarian. Semoga semua pihak dapat mencari penyelesaian terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan.

Pelarian Rohigya

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas