Connect with us

Oh! Media

Larikan Diri Daripada Polis, Dua lelaki Dikhuatiri Lemas

larikan diri

Trending

Larikan Diri Daripada Polis, Dua lelaki Dikhuatiri Lemas

Kejadian di Sungai Muda, Kepala Batas, Pulau Pinang, dua lelaki yang cuba untuk larikan diri daripada serbuan polis dikhuatiri lemas.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Lemas, Terjun Dalam Sungai Sebab Lari Dari Polis

Menerusi laporan Utusan, identiti kedua-dua mangsa yang disyaki lemas itu masih belum dapat dikenal pasti.

Dikhuatiri lemas sewaktu berenang

larikan diri
Anggota Bomba mencari dan menyelamat dua mangsa (Foto: Utusan)

Pihak Bomba dan Penyelamat menerima laporan kejadian itu pada jam 5.32 pagi dan terus menuju ke lokasi kejadian. Menurut jurucakap Bomba, mereka menjalankan usaha mencari dan menyelamat dengan cara pencarian pada permukaan.

Berdasarkan laporan, terdapat dua mangsa lelaki dikhuatiri lemas sewaktu berenang ketika melarikan diri semasa operasi yang dijalankan oleh pihak polis.

Usaha pencarian sambil dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Butterworth sedang dilakukan.

Semoga kedua-dua mangsa ditemui dengan selamat dan dapat dikenal pasti identiti sebenarnya. Kalau ada buat salah pun, janganlah larikan diri sampai membahayakan nyawa sendiri.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas