Connect with us

Oh! Media

Larangan Rentas Negeri, Makan Di Kedai Dan Had Keluar Rumah Akan Dibuat Semula?

COVID-19

Larangan Rentas Negeri, Makan Di Kedai Dan Had Keluar Rumah Akan Dibuat Semula?

Dua hari lepas, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan yang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan buat satu pengumuman khas pada hari esok, iaitu Isnin 11 Januari berkenaan situasi semasa jangkitan Covid-19.

ADVERTISEMENT

Kalau kita tengok jumlah kes yang berlaku sekarang pun, memang sangat merisaukan. Hampir setiap hari laporan kes baru akan capai 4 angka. Bahkan, di Semenanjung pun hanya tinggal 5 daerah sahaja yang dikategorikan sebagai zon hijau, manakala 5 negeri diletakkan dalam zon merah.

Bila PM dah kata yang beliau akan buat pengumuman khas, banyaklah andaian dan spekulasi yang dah pun dibuat oleh orang ramai. Rata-ratanya berpendapat yang kemungkinan akan ada PKP 2.0 yang bakal dilaksanakan. Menurut akhbar Sinchew Daily, larangan seperti tak boleh rentas negeri, tak boleh makan di kedai luar, hanya dua orang je maksimum boleh keluar rumah, itu semua mungkin akan diwujudkan semula.

Namun begitu, Ismail Sabri telah membuat kenyataan supaya rakyat jangan berbuat spekulasi sendiri dan tunggu je pengumuman yang bakal dibuat kerajaan esok. Beliau juga sempat beri teguran supaya rakyat tidak membuat pembelian panik sebab for sure, kerajaan akan beri tempoh supaya rakyat bersedia sebelum melaksanakan sebarang tindakan.

“Tidak perlu hendak pembelian panik, yang tular semua palsu. Tunggu dulu pengumuman dari kerajaan. Apapun keputusan, kerajaan tidak terus buat serta-merta, mesti akan beri ruang (persediaan) dalam tempoh dua, tiga hari dan sebagainya.” – katanya.

Bahkan, beliau juga ada menyatakan yang ada kemungkinan kerajaan tak buat total lockdown macam PKP sebelum ini. Yelah, kerajaan mesti ambil kira juga sektor perkhidmatan dan perkilangan bagi keseimbangan dan keberlangsungan ekonomi. Tapi, apapun keputusan kerajaan, pasti dibuat bagi yang terbaik untuk rakyat.

“Saya percaya tidak mungkin kita laksanakan total lockdown seperti PKP sebelum ini. Kita ada lagi mesyuarat MKN dan teknikal pada Isnin ini untuk melihat SOP lebih terperinci. Apa-apa keputusan kerajaan buat adalah yang terbaik untuk rakyat, tidak usah panik.” – tambahnya.

Bila tengok trend peningkatan sekarang, memang kita pun tak boleh nak persoalkan sangat. Rakyat sendiri pun sekarang dah ramai yang malas nak patuh pada SOP. Jadi untuk kebaikan bersama masa depan, nak tak nak kenalah bersusah-susah dulu sekarang. Moga berita yang baik-baik je esok ya.

Kredit: MalaysiaGazette

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas