Connect with us

Oh! Media

Larangan Jual Arak, DBKL Langgar Hak Orang Bukan Islam?

Trending

Larangan Jual Arak, DBKL Langgar Hak Orang Bukan Islam?

Bermula 1 Oktober tahun depan, kedai runcit, serbaneka dan kedai jualan ubat tradisional Cina di sekitar Kuala Lumpur dah tak dibenarkan untuk jual minuman beralkohol kecuali bagi tujuan perubatan tradisional.

ADVERTISEMENT

Tiada juga lesen baru minuman alkohol memabukkan (LMK) dibenarkan untuk diperbaharui selepas 30 September 2021. Tapi, ada beberapa premis dan LMK yang diberi pengecualian dan kebenaran untuk beroperasi.

“Jenis LMK dan premis yang dibenarkan adalah secara borong, gudang, stor, rumah kedai dan kompleks perdagangan. Selain itu, rumah awam kelas 1, rumah kedai, hotel, kompleks perdagangan. Untuk runcit pula melibatkan pasaraya, hypermarket dan kompleks perdagangan.” – Annuar Musa.

Wah, kalau ikutkan ini memang satu keputusan yang tepat dari DBKL. Yelah, berapa banyak kes kemalangan dan kematian tahun ni yang berpunca dari pemandu mabuk. Bila dah kuat kuasa macam ni, kuranglah juga orang mabuk tak tentu hala sekitar Kuala Lumpur.

Tapi, ada juga yang membangkang keputusan DBKL. Antaranya ialah Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai. Beliau yang juga pengerusi DAP Wilayah Persekutuan menyatakan larangan jualan arak melanggar hak orang bukan Islam untuk amalkan budaya mereka.

Bahkan, beliau bercadang nak jumpa Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mohon supaya garis panduan tersebut ditarik balik. Ada juga pihak lain yang menyatakan larangan jualan arak akan menjejaskan ekonomi negara.

Namun, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa telah menegaskan dalam Twitter beliau yang keputusan dibuat DBKL adalah muktamad.

Harapnya pihak atasan dapatlah bertegas dalam keputusan macam ni. Kalau nak tunggu semua pihak setuju 100% memang tak akan dapat. Mana keputusan yang dirasakan terbaik, teruskan. Sampai bila nak pertaruhkan nyawa insan tak bersalah demi kepentingan ekonomi?

Kredit: MalaysiaGazette, Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas