Connect with us

Oh! Media

Laporan Palsu Berjaya Bongkar Pembunuhan Seorang Gadis, Rupanya Ayah Kandung Antara Dalang Utama

Trending

Laporan Palsu Berjaya Bongkar Pembunuhan Seorang Gadis, Rupanya Ayah Kandung Antara Dalang Utama

Siapa sangka ayah kandung yang telah membesarkan dan menjaga akhirnya sanggup membunuh anaknya sendiri. 

ADVERTISEMENT

Begitulah nasib yang menimpa Siti Hajar apabila dia dikatakan telah dibunuh oleh ayah dan ibu tirinya di dalam rumah mereka.

Siti Hajar dilaporkan telah dibunuh di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai di Chukai pada 10.45 malam, pada 26 April 2016 lalu.

Mengikut pertuduhan awal, selain ayah dan ibu tiri mangsa, kakak dan adiknya juga didakwa kerana dipercayai telah melakukan pembunuhan itu bersama-sama.

Tragedi pembunuhan itu akhirnya telah berjaya dikesan selepas pihak polis mencurigai laporan kematian yang telah dibuat oleh bapa mangsa.

Dalam laporan yang dibuat, mangsa dikatakan mengalami sakit biasa namun apabila dilihat semula rupanya ada terdapat kesan gigitan di badannya selain lebam di mata, sekali gus ini telah membongkar perbuatan yang dilakukan ahli keluarganya sendiri.

Siasatan awal polis juga mendapati keadaan fizikal mangsa terlalu kurus iaitu dengan berat hanya 18 kilogram seperti tidak cukup makan.

Susulan itu, empat beranak itu juga telah ditahan di rumah keluarga mereka pada 1.50 pagi, 1 Mei 2016 yang lalu.

Mahkamah Tinggi di Terengganu, hari ini telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pasangan suami isteri itu selepas mereka didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka yang berusia 22 tahun itu.

Hakim telah membuat keputusan itu terhadap Anuar Yusof, 55, dan isterinya, Murni Ahmad, 40 , yang juga merupakan ibu tiri kepada mangsa selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dua lagi anak pasangan itu, Siti Sarah Anuar, 26, dan Amir Sharif Anuar, 19, telah dilepas dan dibebaskan selepas mereka didapati tidak bersalah untuk pertuduhan sama.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas