Connect with us

Oh! Media

Lapan Sampel Kontak Rapat Termasuk Kes Pertama Omicron Diambil, Keputusan Negatif

Noor Hisham

Oh! Tidak

Lapan Sampel Kontak Rapat Termasuk Kes Pertama Omicron Diambil, Keputusan Negatif

Semua dikejutkan dengan berita berkenaan varian Omicron sudah berada di Malaysia yang membabitkan seorang pelajar bukan warganegara berusia 19 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA : Dua Kes Positif Varian Omicron Dikesan Di Singapura

Menurut laporan Harian Metro, kesemua lapan kontak rapat bagi kes pertama varian membimbangkan itu telahpun diambil sampel dan mendapat keputusan negatif.

Kelapan-lapan mereka yang merupakan kontak rapat termasuk individu kes pertama Omicron di Malaysia itu diminta untuk mengadakan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) ulangan selepas pelajar itu disahkan dijangkiti Covid-19 varian Omicron.

Terkini dari Perak, kesemua lapan sampel ujian RT PCR hari ini adalah negatif.

Ia termasuklah kes indeks Omicron pertama dalam negara serta tujuh kontak rapat yang membabitkan pemandu, pekerja universiti, tiga rakan universiti (dua warganegara Ghana dan seorang India) serta dua rakan sebiliknya. Alhamdulillah.

Semoga varian ini tidak menular di Malaysia. Apapun, diharapkan kita semua sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti ya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas