Connect with us

Oh! Media

Lagu Raya Promosi Judi Dikesan Lagi

Trending

Lagu Raya Promosi Judi Dikesan Lagi

Belum reda berkaitan lagu raya yang mana empat orang pelakon menyanyi sambil mempromosikan judi, terdapat satu lagi lagu raya yang dipercayai turut mengajak orang ramai menyertai kegiatan haram tersebut.

ADVERTISEMENT

Terbaru, dikatakan terdapat satu lagi lagu raya berdurasi 3 minit yang turut mempromosikan judi dikesan, ia dinyanyikan oleh dua orang individu yang dipercayai beragama islam.

Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung rakaman video yang berdurasi tiga minit 19 saat berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

Kita akan siasat (rakaman video berkenaan)

Dalam video raya yang dikesan itu, ia memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita menyanyikan lagu raya yang mempunyai unsur judi dan turut mengajak orang ramai menyertainya.

Semalam, Harian Metro melaporkan kewujudan video lagu hari raya berdurasi 2 minit yang dinyanyikan oleh dua individu lelaki dan dua individu perempuan yang mana lirik lagu raya itu mempunyai unsur yang mengajak orang awam berjudi di bawah syarikat mereka.

susulan daripada itu, Polis diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya akan mencari dan mengesan pelakon serta penerbit lagu raya tersebut.

Acryl berkata, satu laporan polis sudah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat video berkenaan.

kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah judi terbuka. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi untuk turut membantu siasatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas