Connect with us

Oh! Media

Lagi Kes Penunggang Motosikal Maut Angkara Jalan Berlubang

Oh! Tidak

Lagi Kes Penunggang Motosikal Maut Angkara Jalan Berlubang

Baru semalam, ohmedia ada tulis tentang seorang warga emas yang maut disebabkan motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan setelah melanggar jalan berlubang. Hari ini satu lagi kes kemalangan, berpunca dari sebab yang sama dilaporkan.

BACA : Langgar Jalan Berlubang, Warga Emas Maut

Mangsa yang merupakan rider Grabfood berusia 31 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang melanggar lopak di bahu jalan sebelum terjatuh di Jalan PJU 7/2, berhampiran The Curve, Damansara. Mangsa melanggar lubang tersebut selepas melalui jalan menghampiri lampu isyarat simpang tiga. Akibatnya, mangsa telah hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mangsa dipercayai meninggal di tempat kejadian.

“Mangsa berusia 31 tahun berasal dari Kampung Cempaka terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecedaraan parah.” – katanya.

Mayat mangsa dah pun dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap isu ini. Yelah, sejak kes seorang menteri jatuh basikal angkara jalan berlubang, makin banyak pula kejadian sama dilaporkan. Tapi, sampai bila ia nak terus berlaku?

Hm, rasanya pihak yang bertanggungjawab dah boleh pandang serius dan ambil tindakan sewajarnya tentang masalah jalan berlubang ni. Takkan nak tunggu lebih banyak nyawa yang terkorban, baru nak ambil tindakan, kan?

Kredit: Harian Metro, Twitter Oh! Media

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top