Connect with us

Oh! Media

Lafaz Talak Tanpa Sedar, Pasangan Suami Isteri Hampir Berpisah Angkara Sihir Pemisah

Trending

Lafaz Talak Tanpa Sedar, Pasangan Suami Isteri Hampir Berpisah Angkara Sihir Pemisah

Isu melibatkan kes penceraian bukanlah perkara asing bagi masyarakat di negara ini, lebih-lebih lagi semasa negara dilanda wabak pandemik sehingga ke gelombang ketiga.

ADVERTISEMENT

BACA: “Akibat Khianat Sihir Syiling Disaluti Tanah Kubur, Merana Satu Badan..”

Rata-rata daripada memutuskan untuk bercerai oleh kerana tertekan hidup dalam norma baharu selain tidak mampu mencari sumber rezeki untuk meneruskan kehidupan.

Namun, sebab utama yang lain termasuklah berlaku salah faham dan tiada sifat kesabaran. Malah, terdapat juga kejadian cerai yang tidak disengajakan seperti menjadi mangsa sihir.

Suami berubah 360 darjah, lafaz talak secara tiba-tiba

Bagaimanapun, terdapat sebuah kisah memaparkan sepasang suami isteri yang hampir berpisah selepas dikatakan terkena gangguan sihir daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perkara itu didedahkan oleh seorang Exco Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Yusmawati Abdullah mengenai pengalamannya mengendalikan kes tersebut.

Bercerita mengenai kejadian, Ramli (bukan nama sebenar) secara tiba-tiba menceraikan isterinya, Maimunah (bukan nama sebenar) dengan talak tiga.

Hal itu berlaku semasa si suami telah memenangi tender pembekalan makanan di kantin sebuah kilang beberapa tahun lalu sebelum mengusahkan perniagaan itu untuk menyara kehidupan.

Namun, sejak memenangi tender tersebut, Maimunah mengakui terdapat perubahan yang berlaku kepada suaminya termasuklah mudah marah dan sebagainya.

Fikiran Ramli tidak tenteram selain mudah benci dan marah kepada isterinya tanpa sebab.

Ramli juga memukul isterinya dan pada masa sama, dia menyatakan tidak sedar dengan apa yang dilakukannya.

Berdasarkan rekod kes, menurut Yusmawati, dalam keadaan tidak keruan, Ramli membuat permohonan menceraikan isterinya di mahkamah.

Jumpa bungkusan putih, rupanya terkena sihir pemisah

Menurutnya lagi, pada suatu hari ketika di kantin, Ramli telah menjumpai sebuah bungkusan kain putih yang mencurigakan sebelum bertindak mendapatkan rawatan tradisional.

Ramli berasakan ada sesuatu tidak kena lalu menemui seorang pengamal perubatan tradisional untuk mendapatkan rawatan.

Menurut perawat itu, Ramli terkena sihir pemisah kerana ada pihak yang iri hati melihat kejayaannya memperoleh tender kantin.

Selepas menarik diri daripada perniagaan tersebut selain selesai mendapatkan rawatan, Ramli kembali berfikiran waras sebelum membuat rayuan di mahkamah untuk membatalkan penceraian tersebut atas alasan di bawah pengaruh sihir.

Rayuan cerai boleh dibatalkan jika bukti mencukupi

Berhubung dengan keadaan itu, Yusmawati menyatakan jika terdapat kes cerai melibatkan sihir pemisah, mereka perlu menampilkan beberapa bukti seperti simptom sihir atau lain-lain.

Selain itu, Perawat perubatan Islam yang diiktiraf jabatan agama dan pejabat mufti juga perlu dibawa ke mahkamah sebagai saksi serta bukti bagi menyokong keterangan si suami.

Tambahnya lagi, si suami juga perlu membuktikan secara terperinci keadaan tersebut iaitu tanda-tanda terkena sihir kepada pihak mahkamah.

Bagaimanapun, mahkamah boleh menerima rayuan untuk membatalkan perceraian tersebut jika keterangan atau bukti diberikan mencukupi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas