Connect with us

Oh! Media

KWSP Mungkin Hadapi Kekurangan Dana Jika Pengeluaran Akaun 1 Diluluskan

Trending

KWSP Mungkin Hadapi Kekurangan Dana Jika Pengeluaran Akaun 1 Diluluskan


Musim pandemik sekarang ni, tak dinafikan memang ramai rakyat yang terjejas. Tambah pula dengan PKPB, lagi bertambah la beban kewangan kita. Apatah lagi bila kita dengar ada cadangan untuk membolehkan kita keluarkan duit daripada KWSP akaun 1, fuhhh, memang ramai la yang berharap semoga perkara itu dapat diluluskan oleh kerajaan.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melaporkan bahawa mereka mungkin akan berdepan dengan masalah kekurangan dana yang sangat besar sekiranya cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 itu diluluskan.

Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Perkeso, Prof Madya Dr Yusof Saari, berkata ia sekali gus boleh menjejaskan ekonomi negara pada masa depan.

Kalau kita benarkan untuk keluarkan dalam RM10,000 kepada setiap pencarum, kita akan mengalami kekurangan dana yang sangat besar di KWSP.

Ini akan memberi kesan kepada ekonomi itu sendiri, pelaburan dan ekonomi kecilan secara keseluruhan.

Jadi kita perlu berhati-hati dalam melaksanakan pakej atau cadangan ini, kerana ia boleh merisikokan keadaan ekonomi pada masa depan. – Katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata lagi bahawa perkara tersebut boleh dipertimbangkan sekiranya ianya dilakukan secara bersasar dan pengeluaran dilakukan secara bulanan.

Pada Jumaat yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada berkata, bahawa sukar bagi kerajaan untuk membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP supaya boleh digunakan oleh rakyat yang kini sedang berdepan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri berkata beliau menyedari tentang cadangan yang dibuat untuk mengeluarkan wang dari Akaun 1 KWSP itu.

Mengulas lanjut, Yusof berkata satu penyelesaian holistik perlu dilakukan segera dalam mengurangkan beban mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.

Tambahnya, kerajaan, majikan dan agensi berkaitan perlu mempergiatkan lagi usaha  untuk membantu mereka yang kehilangan sumber pendapatan untuk kembali mendapatkan pekerjaan.

Ini juga penting untuk mendidik masyarakat agar tidak berharap kepada pengeluaran KWSP semata-mata setiap kali berdepan krisis, katanya lagi.

Sangat penting untuk agensi kerajaan bekerja keras sedikit untuk turun ke bawah bagi membantu pekerja-pekerja.

Dalam data PERKESO, sebagai contoh kita lihat ramai bilangan pencari pekerja dan dalam masa yang sama masih banyak lagi pekerjaan diminta ataupun pekerjaan yang kosong yang masih diiklankan di portal MyFutureJobs atau portal pekerjaan di Malaysia. – Kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak pula meminta kerajaan untuk mempertimbangkan lagi cadangan bagi isu pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata kerajaan boleh membenarkan pengeluaran duit dengan menghadkan secara one-off sehingga RM10,000 daripada akaun tersebut.

Kalau ianya diluluskan, sedikit sebanyak dapat la juga meringankan beban kita untuk tempuh saat-saat genting ni. Tapi, buat masa sekarang tak nak la berharap sangat nanti kecewa pula dikemudian hari.

Sebab itu la kita kena sentiasa berjimat cermat dan penting untuk kita ada wang simpanan kalau berlaku kecemasan nanti.

Kredit: Awani

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas