Connect with us

Oh! Media

“Kritik Kerja Dia Je La” – Netizen Tegur Individu Edit Profil Rina Harun Di Wikipedia

Oh! Tidak

“Kritik Kerja Dia Je La” – Netizen Tegur Individu Edit Profil Rina Harun Di Wikipedia

Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mengundang pelbagai reaksi netizen apabila dilihat menggunakan waterjet mencuci simen bersih di sebuah sekolah.

ADVERTISEMENT

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagaimanapun menjawab kehadiran Rina dalam Operasi Pasca Bencana Banjir itu bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah yang telah dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

BACA: Rina Harun Dikecam Guna Waterjet Cuci Simen Bersih, JKM Beri Penjelasan

Tidak berakhir di situ, ada pula netizen yang tidak bertanggungjawab mengubah kandungan profil Rina di laman ensiklopedia Wikipedia menggunakan perkataan lucah.

Tindakan keterlaluan itu turut menerima kritikan orang ramai. Rata-rata tidak bersetuju apabila menteri itu dijadikan mangsa buli siber yang melampau.

rina harun

Suami kepada Nora Danish, Nedim Nazri Aziz dilihat turut menegur perbuatan tersebut. Menurutnya menyunting maklumat Wikipedia dengan perkataan lucah bukanlah sesuatu yang kelakar.

rina harun

Hasil tinjauan penulis ke laman Wikipedia, maklumat Ahli Parlimen Titiwangsa itu telah ditukar kepada asal.

Kredit: Kosmo | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas