Connect with us

Oh! Media

KPDNHEP Lancar Ops Menu, Kesan Harga Makanan Melampau Di Restoran

harga makanan

Trending

KPDNHEP Lancar Ops Menu, Kesan Harga Makanan Melampau Di Restoran

Banyak aduan mengenai peniaga di restoran dan segelintir premis makanan meletakkan harga yang di luar jangkaan dan adakalanya peniaga mengambil kesempatan dengan sengaja menaikkan harga makanan.

ADVERTISEMENT

BACA: Kecoh Pelanggan Kena Bayar RM1,196 Untuk Ikan Siakap, Ini Penjelasan Pemilik Restoran

Menerusi laman Kosmo, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan Ops Menu untuk pemeriksaan dan tindakan penguasaan terhadap semua premis makanan di seluruh negara yang melibatkan tanda harga dan alat penimbang.

Mengelakkan penipuan harga oleh peniaga yang tiada etika

harga makanan

Menurut Azman Adam, Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Ops Menu ini diadakan untuk mengelakkan peniaga-peniaga yang tidak beretika membuat penipuan timbangan dan menyalahgunakan kuasa dengan meletakkan harga yang tidak berpatutan.

Ops Menu memberi fokus pemeriksaan ke atas semua premis yang menyedia makanan siap masak termasuk restoran dan kedai makanan Melayu, Cina, India, India Muslim, medan selera, restoran makanan laut dan seumpamanya.

Sasaran pemeriksaan adalah melibatkan tanda harga serta alat timbang dan sukat yang digunakan untuk oleh restoran dan kedai makan.

Beliau juga mengingatkan buat semua peniaga untuk sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan dan mengelakkan untuk dikenakan tindakan undang-undang. Katanya, mana-mana pemilik restoran yang gagal mematuhi perundangan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan, akan dikenakan denda.

Untuk kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972, peniaga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM40,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Jadi, buat semua pemilik restoran dan juga peniaga-peniaga di luar sana, janganlah berlebih-lebih meletakkan harga makanan. Takut silap haribulan nanti termakan diri sendiri.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas