Connect with us

Oh! Media

KP Perlis Mohon Lapor Polis Jika Jiran Langgar SOP, Curi-Curi Balik Kampung

Trending

KP Perlis Mohon Lapor Polis Jika Jiran Langgar SOP, Curi-Curi Balik Kampung

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad menasihatkan orang ramai agar memerhati kawasan kejiranan dan melaporkan kepada polis jika terdapat individu didapati pulang ke kampung tanpa kebenaran.

ADVERTISEMENT

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata, maklumat diperlukan untuk membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk perayaan Aidilfitri.

Polis Perlis juga akan tingkatkan jumlah keanggotaan dalam memastikan pematuhan SOP serta akan mengambil tindakan tegas terhadap individu di kawasan perumahan… termasuk memperketatkan kawalan di sempadan negeri, stesen bas dan stesen kereta api.

Tambahnya, kadar pematuhan SOP di Perlis adalah sebanyak 98 peratus. Beliau berharap orang ramai terus mematuhi peraturan bagi mengekalkan Perlis sebagai negeri hijau.

Sekadar gambar hiasan

Orang ramai juga dinasihati sentiasa berada di rumah kecuali mempunyai urusan penting di luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew memaklumkan pihaknya akan membuat rondaan secara menyeluruh di sekitar Kangar bermula hari ini.

Hari Raya nanti, kita akan ‘all out’ termasuk melakukan rondaan dari rumah ke rumah bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Beliau berharap orang ramai sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19 di negeri tersebut.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas