Connect with us

Oh! Media

Korea Utara ‘Kritik’ Negara Yang Longgarkan Perintah Berkurung Lebih Awal?

korea utara

Trending

Korea Utara ‘Kritik’ Negara Yang Longgarkan Perintah Berkurung Lebih Awal?

Semakin banyak negara yang membuat keputusan untuk membuka sempadan dan melonggarkan perintah berkurung Covid-19. Namun, hal ini dapat kritikan dari Korea Utara kerana tindakan itu mampu memburukkan keadaan di sesebuah negara.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kelonggaran Baru Akan Diumum Dalam Masa Terdekat” – Hishammuddin Hussien

Menerusi laporan Utusan, Stesen Penyiaran Pusat Korea Utara (KCBS) menyatakan keadaan pandemik Covid-19 sekarang ini berada pada tahap yang kritikal.

Mencetuskan jangkitan baru yang lebih serius

korea utara
Pekerja melakukan sanitasi di pasar raya (Foto: Utusan)

Dengan keadaan yang masih kritikal ini, Korea Utara menyatakan bahawa keputusan negara-negara itu mampu mencetuskan jangkitan baru yang lebih serius. Ada juga negara yang menarik balik peraturan penjarakan sosial dan tindakan itu dikira sebagai pramatang oleh kerajaan itu.

Sebahagian besar negara yang melonggarkan sekatan Covid-19 dengan menaruh harapan tinggi terhadap inokulasi vaksin bakal menghadapi krisis kesihatan awam yang teruk.

Hakikatnya, dunia masih jauh daripada mengatasi bahaya pandemik ini.

Kerajaan Korea Utara kini masih meminta rakyatnya untuk sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga apabila kerajaan memutuskan untuk membuka sempadan darat dengan China. Namun, dengan keadaan yang menunjukkan kenaikan kes Covid-19, mungkin rancangan itu akan ditunda.

Pemerintah Kim Jong-Un, mendakwa negaranya itu bebas Covid-19 dan tidak ada sebarang kes dilaporkan setakat ini. Pada pendapat korang, perlu ke kerajaan Malaysia ketatkan balik gerakan rakyat di negara kita? Kalau ya, sampai bila?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas