Connect with us

Oh! Media

Korea Selatan Wajibkan Kuarantin 10 Hari, Kesan Lima Kes Varian Omicron

Trending

Korea Selatan Wajibkan Kuarantin 10 Hari, Kesan Lima Kes Varian Omicron

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) mengumumkan semua pengembara yang akan ke Korea Selatan sama ada warganegara atau warga asing diwajibkan menjalani kuarantin selama 10 hari sebaik tiba di sana.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Perlu Kuarantin, Pelancong Lengkap Vaksin Dah Boleh Ke Thailand

Pelaksanaan perintah kuarantin ini akan bermula pada hari Jumaat ini tanpa mengira status vaksinasi pengembara tersebut.

Sekadar gambar hiasan

Harian Metro yang memetik laporan portal CNA berkata, warga asing yang datang untuk tempoh singkat perlu dikuarantin di kemudahan sementara yang telah ditetapkan kerajaan Korea Selatan.

Manakala bagi rakyat Korea Selatan dan warga asing yang tinggal untuk tempoh jangka panjang, mereka dibenarkan untuk kuarantin di rumah masing-masing.

Berkenaan varian Omicron yang sedang menyerang kini, Korea Selatan pada Rabu mencatatkan lima kes varian terbaru.

Dilaporkan, sepasang suami isteri yang telah divaksin sepenuhnya disahkan positif varian itu selepas tiba dari Nigeria minggu lalu. Kontak rapat iaitu dua ahli keluarga serta seorang rakan juga positif.

Oleh itu, pengembara dari luar negara yang hendak masuk ke Korea Selatan akan diuji untuk varian Omicron terlebih dahulu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas