Connect with us

Oh! Media

Koperal Polis Samun Wanita China Telah Diberhentikan Sejak Tahun 2018

Trending

Koperal Polis Samun Wanita China Telah Diberhentikan Sejak Tahun 2018

Sebelum ini tersebar video yang menunjukkan seorang wanita warga China disamun 3 orang lelaki dan salah seorangnya dikatakan adalah koperal polis yang digantung tugas.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan bahawa koperal polis terbabit bukan digantung, tetapi sudah diberhentikan sejak tahun 2018 lagi kerana terlibat dengan kes dadah.

Suspek bukan lagi anggota polis kerana sudah diberhentikan pada 18 Julai 2018 kerana terbabit kes dadah di Terengganu. – Katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail melaporkan ketika kejadian, mangsa yang juga jurujual berusia 29 tahun sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai makan berhampiran lokasi kira-kira 7 malam.

Mangsa kemudian diheret sehingga ke parkir berdekatan dan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes ini di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas