Connect with us

Oh! Media

Kongsi Gelap Dipercayai Buat Majlis Pendaftaran Ahli Baru Di Pulau Pinang?

kongsi gelap

Oh! Tidak

Kongsi Gelap Dipercayai Buat Majlis Pendaftaran Ahli Baru Di Pulau Pinang?

Siapa sangka kumpulan kongsi gelap pun ada buat majlis khas untuk pendaftaran ahli baru. Ini berlaku di Seberang Perai, Penang apabila pihak polis berjaya mengesan dan melakukan serbuan ke atas kumpulan terbabit.

ADVERTISEMENT

Seramai 40 lelaki dipercayai ahli kongsi gelap ditahan di sebuah restoran mewah di Seberang Jaya. Menariknya, mereka berselindung di sebalik nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengaburi pihak berkuasa.

Suspek yang ditahan berumur antara 22 hingga 56 tahun dan berasal dari negeri Kedah dan Perlis. Mereka dipercayai berkumpul untuk majlis pengenalan dan pendaftaran ahli baru.

Pemeriksaan mendapati lapan daripada lelaki yang ditahan mempunyai tatu sebuah pertubuhan haram. Selain itu, polis turut merampas 56 buah telefon bimbit, dua bentuk cincin, seutas rantai serta sepasang subang yang mempunyai lambang sebuah pertubuhan haram. – Kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah megeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais.

Kumpulan ini mula aktif dengan mengambil ahli baru bagi menghidupkan kembali pengaruh mereka di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD SPT dan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Kesalahan menganggotai pertubuhan yang menyalahi Undang-Undang).

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas