Connect with us

Oh! Media

Kondo Tingkat 13 Dibanjiri Air Najis Jiran, JMB Dakwa Punca Dari Sapu Tangan

Oh! Tidak

Kondo Tingkat 13 Dibanjiri Air Najis Jiran, JMB Dakwa Punca Dari Sapu Tangan

Lima sekawan menghadapi pengalaman meloyakan apabila rumah yang disewa hampir setahun lalu banjir disebabkan saluran kumbahan tersumbat.

ADVERTISEMENT

BACA: Sepupu Kelaparan Di PPS, Lelaki Ini Nekad Redah Banjir 2 Jam Hantar Nasi

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan air hampir mencecah paras buku lali di dalam rumah beserta cebisan najis berwarna coklat.

@samadpiupiu Siapa kata duduk High Rise tak kene banjir? banjir cadbury tau #foryoupage #malaysiatiktok #fyp #raya ♬ ZOOM – Jessi
@samadpiupiu Reply to @azmi1700 ♬ original sound – Syed Samad

Menerusi laporan mStar, lelaki ini mendedahkan banjir berpunca daripada saluran bilik air di bilik utama yang tersumbat.

Pagi tu saya tergesa-gesa untuk ke tempat kerja, buat part time. Kemudian rakan serumah beritahu banjir berlaku disebabkan salah satu saluran kumbahan tersumbat.

Tidak tahan dengan bau najis, mereka bermalam di hotel sementara menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak pengurusan kondominium.

Pihak pengurusan kata saluran tersumbat yang menyebabkan rumah kami banjir. Mereka dakwa jumpa sapu tangan. Tapi di rumah kami tiada seorang pun guna sapu tangan.

Apabila kami minta bukti gambar sapu tangan, tak ada pula. Macam mana nak sahkan ada sapu tangan?

Menceritakan pengalaman jijik itu, salah seorang penghuni dikenali sebagai Syed Nurhidayat berkata, selepas bermalam di hotel semalaman, mereka melihat keadaan rumah namun semakin banyak cebisan najis yang kelihatan.

Katanya, najis jiran-jiran atas yang baru dibuang memasuki saluran kumbahan rumah mereka yang tersumbat.

Mereka sebagai penghuni rumah itu memang tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku.

Mereka menjadikannya sebagai pengajaran supaya sentiasa membersihkan lubang saluran untuk mengelakkan perkara sama berulang. Jijik oi!

Kredit: mStar | TikTok samadpiupiu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas