Connect with us

Oh! Media

Kompaun Individu Yang Langgar SOP PKP Naik 10 Kali Ganda Bermula Hari Ini

Trending

Kompaun Individu Yang Langgar SOP PKP Naik 10 Kali Ganda Bermula Hari Ini

Bukan lagi RM1,000, tapi RM10,000. Nilai kompaun bagi sesiapa saja yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dinaikkan 10 kali ganda dari sebelumnya bermula hari ini gais.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengatakan yang langkah ini dibuat bagi menyedarkan semua orang bahawa virus ini masih lagi berkeliaran disekeliling kita tanpa tanpa dilihat, bukan untuk hukum orang dan kerajaan kutip duit lebih.

Jika PKP dikenakan sejak sebulan lepas tak dipatuhi maka pada bila-bila masa keadaan boleh berubah kepada keadaan jauh lebih buruk (jumlah kes positif) daripada sebelum ini.

Jadi, korang semua jangan lupa untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Bukan senang untuk membayar denda, lagipun ianya untuk keselamatan semua juga. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas