Connect with us

Oh! Media

Kluster PPS Pertama Di Bentong, Pahang

pps

Trending

Kluster PPS Pertama Di Bentong, Pahang

Umum mengetahui minggu lepas banyak tempat yang musnah akibat banjir besar di beberapa negeri. Banyak Pusat Perpindahan Sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Kesal Baju Bantuan Bersepah Di PPS, Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Satu kluster pertama yang melibatkan penularan Covid-19 telah dapat dikesan dalam kalangan mangsa banjir di PPS daerah Bentong, Pahang yang dikenali sebagai Kluster Karak Setia.

104 disaring, 10 dikesan positif

pps

Menurut laporan Kosmo, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan kes indeks kluster itu melibatkan seorang wanita penduduk tempatan, dikesan positif pada 19 Disember lalu.

Gejala seperti demam, batuk, selesema dan hilang bau difahamkan telah bermula sejak 18 Disember.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, seramai 104 individu telah disaring dalam kluster ini. Berikutan itu, 10 kes dikesan positif Covid-19 dengan lapan kes baharu dilaporkan manakala, 94 individu negatif Covid-19.

Punca penularan disyaki pergaulan dalam kalangan mangsa banjir di pusat penempatan tersebut. Kesemua kes positif dan kontak rapat telah diasingkan daripada mangsa banjir yang lain.

Menurut beliau, sebanyak 429 kes telah direkodkan dalam kalangan mangsa banjir dan 11 kes postif Covid-19 dilaporkan di PPS.

Semoga Covid-19 tidak menular dengan lebih teruk dalam kalangan mangsa di PPS. Harap mereka tabah menghadapi dugaan yang melanda ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas