Connect with us

Oh! Media

KKM Nak Bersemuka Dan Terangkan Pasal Vaksin Pada Kumpulan Antivaksin?

Trending

KKM Nak Bersemuka Dan Terangkan Pasal Vaksin Pada Kumpulan Antivaksin?

Kumpulan antivaksin dicadang untuk diberi fakta dan penerangan secara bersemuka berhubung vaksin berdasarkan ujian klinikal yang sahih oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

ADVERTISEMENT

BACA : KJ Beri Amaran, Golongan Antivaksin Mungkin Diberikan Gelang Hitam Berbelang?

Menurut laporan Berita Harian, perjumpaan itu akan diatur dengan membabitkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan ianya dikatakan sendiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali di Dewan Negara hari ini.

Pendapatan ini perlu diberikan kepada kumpulan itu disebabkan KKM tidak membuat sebarang keputusan secara semberono, malah ianya berdasarkan kajian dalam dan luar negara.

Jadi saya nak sarankan kalau ada kumpulan ini (antivaksin), kenapa tidak kita jumpa, kita boleh uruskan, saya boleh berbincang dengan Menteri Kesihatan. Kita bersemuka dan bercakap yang sebenar-benarnya.

Jangan kita cakap sini sana dan menyebarkan berita palsu, kita bimbang juga. Nanti KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) akan ambil tindakan kerana penyebaran berita palsu pula.

Semoga usaha ini akan dapat menukar ‘mindset’ kumpulan antivaksin supaya mereka tidak takut untuk mengambil vaksin sebagai langkah mengurangkan risiko untuk dijangkiti.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas