Connect with us

Oh! Media

“Tolak Mereka Cepat Sikit Giliran Kita Dapat Vaksin”, KJ Geli Hati Baca Komen Anti-vaksin Di Facebook

Trending

“Tolak Mereka Cepat Sikit Giliran Kita Dapat Vaksin”, KJ Geli Hati Baca Komen Anti-vaksin Di Facebook

Penularan Pandemik Covid-19 yang masih tiada kesudahan sejak dari awal tahun 2020 memang menjadi mimpi buruk buat seluruh rakyat malaysia.

ADVERTISEMENT

Yang paling ditunggu-tunggu oleh kita semua semestinya penemuan vaksin yang boleh melindung kita daripada jangkitan wabak Covid-19.

Pada 24 Oktober lalu, Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Invovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), negara kita dijangka akan mendapat bekalan vaksin pada suku pertama tahun 2021.

Tapi lain pula ceritanya dengan sesetengah netizen di Facebook apabila ramai pula yang meluahkan rasa kurang yakin dengan keberkesanan vaksin Covid-19.

Malah, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin juga turut memuat naik beberapa screenshoot yang memaparkan komen golongan anti-vaksin di laman Twitter miliknya.

Ini antara sebahagian komen geng Anti-vaksin mengenai vaksin Covid-19 yang saya terima dari Facebook saya.

Ini antara cabaran berkomunikasi yang kita bakal hadapi semasa pelancaran imunisasi kebangsaan nanti. – Kata Khairy di Twitter.

Selain ragu-ragu dengan keberkesanan vaksin, ada juga netizen yang meninggalkan komen kononnya yakin jika wabak itu boleh sembuh dengan sendiri.

Malaysia paling ramai sembuh tanpa vaksin. Kenapa pula nak vaksin?

Tak meyakinkan keberkesanannya. Sebab yang sekarang ni pun ramai je yang boleh sembuh kalau tiada underlying health issue.

Adakah semata-mata mengharapkan vaksin kita selamat? Macam mana hubungan kita dengan Allah? Apa dah jadi dengan masjid di negara ini?

Saya tak nak divaksin sebab sistem imun saya. Sekarang peratus sembuh tinggi, so tak perlu vaksin. – Tulis beberapa individu di Facebook.

Lain pula cerita di Twitter, ramai netizen kurang bersetuju dengan komen-komen yang dikongsi oleh Khairy yang mana ia dikatakan cukup menyedihkan.

Malah, tweet oleh Khairy itu turut mendapat lebih 3,000 retweet dan dihujani ratusan komen dari netizen di Twitter.

Sebetulnya puak yang menolak vaksin dan tak percaya Covid ini perlu menjadi panel yang mencuba vaksin. Diorangkan tak takut?

Penting juga geng-geng anti vaksin ni. Sebab mereka bermati-matian tolak vaksin, jadi cepat sikit giliran kita dapat vaksin.

Macam baca komen penyokong-penyokong Donald Trump pula. – Tulis beberapa netizen di Twitter.

Sebagai orang yang prihatin terhadap tahap kesihatan rakyat Malaysia kita perlu lah mainkan peranan untuk faham apa itu sebenarnya vaksin sebelum sebarkan sesuatu maklumat dan jangan pula kita pergi sebar fahaman yang tak betul tentang vaksin, parah jadinya.

Kredit: Khairy Jamaluddin

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas