Connect with us

Oh! Media

“Kita Bekerja Bukan Untuk Glamor” – Doktor HTAR Sertai Hartal Kena Beri Surat Tunjuk Sebab

Trending

“Kita Bekerja Bukan Untuk Glamor” – Doktor HTAR Sertai Hartal Kena Beri Surat Tunjuk Sebab

Semalam, ratusan doktor kontrak seluruh negara melakukan himpunan secara aman bermula jam 11 pagi menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu. Mereka juga dipercayai memohon hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap termasuk cuti dan faedah.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Himpunan Hartal Doktor Kontrak Di HKL

Memetik laporan Kosmo! Online, mana-mana doktor kontrak yang terlibat dalam gerakan Hartal Doktor Kontrak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, boleh dikenakan tindakan tatatertib jika didapati melanggar etika profesional iaitu Sumpah hipokratik.

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya akan meminta mereka memberikan surat tunjuk sebab di atas perlakuan tersebut.

Doktor ini kena mengorbankan dirinya demi kepentingan pesakit dan bukan mengorbankan pesakit demi diri mereka.

Tambah beliau lagi, sebagai seorang doktor mereka tidak seharusnya terpengaruh dengan sebarang hasutan untuk menyertai hartal memandangkan kerajaan telah melanjutkan tempoh kontrak sebelum ini.

Kita bekerja bukan untuk glamor. Kerja doktor ini mulia dan jangan campak profesion kedoktoran sehingga dipandang hina oleh masyarakat.

Beliau berkata, tugas seorang doktor adalah menolong orang di dalam kesusahan tanpa mengambil kira kepentingan diri sendiri. Malah, ilmu pengetahuan kedoktoran yang diperoleh semasa bekerja di sektor awam boleh digunakan di masa hadapan.

Kredit: Kosmo! Online

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas