Connect with us

Oh! Media

“Kita Akan Selesaikan Hari Ini Juga” – Ketua Hakim Negara Tolak Permohonan Tangguh Kes Prosiding Najib

Oh! Tidak

“Kita Akan Selesaikan Hari Ini Juga” – Ketua Hakim Negara Tolak Permohonan Tangguh Kes Prosiding Najib

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mohon untuk menangguhkan pendengaran permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar Ketua Hakim Negara itu menarik diri.

ADVERTISEMENT

BACA: “Belum Pernah Dalam Sejarah Negara Hakim Terima Ancaman” – Rais Yatim Minta PDRM Siasat Isu Hakim Negara Diancam Bunuh

Muhammad Shafee menjelaskan bahawa permohonan itu dibuat kerana beliau baru sahaja mengetahui mengenai perkara tersebut dua jam yang lalu dan tidak berpakaian dengan sewajarnya.

Namun, permohonan untuk menangguhkan prosiding kepada esok ditolak Ketua Hakim Negara.

Kita akan selesaikan perkara ini, hari ini juga.

Bukan itu sahaja, permohonan tersebut juga ditolak Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram yang menyifatkan ia sebagai alasan untuk menangguhkan prosiding.

Tengku Maimun kemudiannya memutuskan untuk tidak membenarkan hujahan permohonan ditangguhkan kepada pagi esok.

Muhammad Shafee kemudiannya menjelaskan kepada Ketua Hakim Negara bahawa Hisyam boleh menghabiskan hujahan hari ini manakala beliau boleh menyambung hujahan pada pagi esok.

Kamu boleh datang esok atau pada bila-bila masa.

Jika semua selesai hari ini, tiada alasan untuk Muhammad Shafee datang esok. Tiada sesiapa akan berada di sini esok.

Untuk makluman, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membantu Hisyam Teh Poh Teik, berhujah dalam permohonan supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak berhubung berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas