Connect with us

Oh! Media

Kilang Arak Seksyen 15 Tidak Beroperasi, Polis Akan Panggil Perakam Video

Trending

Kilang Arak Seksyen 15 Tidak Beroperasi, Polis Akan Panggil Perakam Video

Semalam, tular rakaman video diambil seorang lelaki memaparkan asap keluar dari kilang arak yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam Selangor. Menerusi video berdurasi 40 saat itu, lelaki itu mendakwa kilang berkenaan beroperasi ketika Sekatan Pergerakan Penuh dijalankan.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, pasukan Task Force Pematuhan Covid-19 segera digerakkan untuk memeriksa kilang pada jam 7.40 malam susulan video viral tersebut.

Foto: Harian Metro/ihsan IPD Shah Alam

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, hasil pemantauan mendapati tiada sebarang operasi pengilangan arak dijalankan. Asap yang dikeluarkan dari salah satu cerobong kilang adalah wap daripada proses memanaskan bahan mentah seakan gandum atau ragi.

Pasukan kami juga bertemu dengan pengurus kilang dan dimaklumkan bahawa asap itu adalah wap yang keluar hasil daripada proses pemanasan bahan mentah.

Bahan itu perlu dipanaskan bagi memastikan ia tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang. Ia (wap) perlu dikeluarkan bagi mengelakkan berlaku letupan.

Tambahnya, itu langkah meletakkan peralatan pengilangan dalam keadaan siap siaga dan mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ujar beliau lagi, pihaknya akan memanggil pemilik akaun Facebook bagi membantu siasatan.

Foto: Astro Awani

Berdasarkan surat kelulusan MITI kilang berkenaan, hanya 10 peratus pekerja dibenarkan bergerak dari kediaman ke kilang atau premis masing-masing.

Sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi, kelulusan tersebut boleh dibatalkan dan ditarik balik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas