Connect with us

Oh! Media

Kes Pemberian Vaksin Kepada Warga Asing Disiasat JKN Perak

Trending

Kes Pemberian Vaksin Kepada Warga Asing Disiasat JKN Perak

Tular baru-baru ini di laman media sosial Twitter apabila muncul satu ciapan daripada seorang penggun mendakwa terdapat seorang doktor yang dipercayai tidak telus dalam menjalankan pekerjaan telah menyelit nama penerima vaksin yang tiada dalam senarai di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PVV).

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengesan insiden pemberian vaksin itu kepada warga asing di PPV Dewan Bandaran Teluk Intan baru-baru ini dan mengakui kejadian itu mungkin berlaku akibat daripada kecuaian pihak tertentu.

Siasatan awal mendapati pihak pengurusan yang menguruskan penyuntikan vaksin di pusat berkenaan gagal membuat tapisan secara teliti serta justifikasi pemohon untuk mendapatkan vaksin awal.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ding Ming mengakui berlakunya ketidakpatuhan dalam proses kerja apabila pihak pengurusan operasi PPV juga turut menerima permohonan awal warga tempatan yang menyambung pelajaran di luar negara untuk mendapatkan vaksin.

Menurut beliau, mereka yang menerima vaksin tersebut tidak mendapatkan tarikh temujanji melalu aplikasi MySejahtera seperti penerima vaksin Fasa 2 yang lain.

Saya merasa amat kesal atas kejadian yang berlaku dan akan terus menjalankan pemantauan rapi serta penyeliaan di semua PPV awam.

Ia adalah bagi memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan mengikut tatacara dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 Kebangsaan.

Tambahnya lagi, pihak pengurusan PPV Daerah Hilir Perak akan terus komited dan memberikan keutamaan kepada golongan yang betul-betul layak menerima vaksin fasa 2 selain turut meningkatkan proses semakan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas