Connect with us
keropok beracun

Oh! Tidak

Kes Makan Keropok Beracun: Ibu Mangsa Belum Fikir Tindakan Ke Atas Jiran

Sudah pasti ketika ini seorang ibu hanya mahukan anak-anaknya kembali sihat dan ceria selepas nasib malang menimpa mereka. Ini berikutan kes dua beradik berusia 3 dan 2 tahun termakan keropok beracun di kebun.

Pagi tadi juga, Muhammad Akil Syauki anak sulung dilaporkan telahpun meninggal dunia. Ibu mangsa, Nurain Hasnorizal di mana anak sulungnya, Muhammad Akil Syauki berusia 3 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi.

IKLAN

Nurain mungkin ambil tindakan atau memaafkan sahaja jiran…

Memetik laporan TheReporter, ibu mangsa turut ditanya berkenaan tindakan yang akan diambil terhadap jirannya kerana telah menggantung keropok beracun pada tempat yang rendah dan boleh diambil kanak-kanak.

Saya tak fikir lagi tentang tindakan ke atas jiran. Sama ada mahu ambil tindakan ataupun memaafkan sahaja mereka. Mungkin saya akan bincang dengan keluarga dulu.

Buat masa ini, saya nak tumpu terhadap keadaan anak-anak saya dulu. Fikiran saya masih kepada anak-anak.

Sekarang, kita doakan pula buat Muhammad Luth Syauqi yang baru berusia 2 tahun supaya kuat dan dapat sembuh. Al-Fatihah buat Muhammad Akil.

Kredit: The Reporter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas