Connect with us

Oh! Media

Sangka Anak Kucing Dalam Kotak, Rupanya Bayi Masih Bertali Pusat

Trending

Sangka Anak Kucing Dalam Kotak, Rupanya Bayi Masih Bertali Pusat

Astaghfirullah, tergamak betul manusia durjana yang sanggup buang baby sedangkan masih lagi bertali pusat. Terkilan rasa bila baca berita ni.

ADVERTISEMENT

Menurut Berita Harian, bayi tu dijumpai dalam sebuah kotak dan ditutup dengan kain yang berlumuran darah. Bahkan, urinya pun belum dipotong lagi. Kejadian ni berlaku di sebuah kompleks niaga di Kuala Kangsar.

Menurut saksi kejadian, rata-rata pekedai di situ memang tak mengesyaki apa-apa tentang kotak tu, hinggalah salah seorang daripada mereka terdengar tangisan bayi.

“Mulanya, kami ingat ada orang buang anak kucing memandangkan penduduk setempat gemar membuang kucing di kawasan ini. Bagaimanapun timbul perasaan curiga apabila saya terdengar tangisan bayi itu, namun bunyinya sangat perlahan.” – katanya.

Dah 2020 pun, ada lagi orang yang macam takde akal dekat dunia ni. Binatang pun sayang anak. Inikan pula manusia. Ohmedia pun tak nak komen lebih, semoga pelaku diberi hidayah dan kesedaran dengan apa yang dah pun dia buat.

Kredit: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas