Connect with us

Oh! Media

Kes Beri Anak Minuman Keras, Bapa Direman 5 Hari

Trending

Kes Beri Anak Minuman Keras, Bapa Direman 5 Hari

Tular semalam di media sosial apabila terdapat sebuah rakaman yang memaparkan seorang lelaki yang sedang memangku seorang bayi, lalu diberikannya minum tin minuman dipercayai arak membawa padah apabila di ditahan oleh pihak polis.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Rakaman Seorang Lelaki Beri Bayi Minum Minuman Keras

Lelaki yang ditahan selepas dipercayai memberi anaknya yang berusia lima bulan minum minuman keras di rumah mereka di Teluk Bahang, Balik Pulau, telah direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 27 Jun.

Majistret Khalijah Mohd. Khalid telah memerintahkan tahanan reman ke atas suspek yang berusia 20 tahun di Mahkamah Majistret Balik Pulau, pukul 9 pagi tadi.

Suspek yang bekerja sambilan di sebuah kedai runcit itu dilihat memakai baju-T bewarna hitam dan berseluar jeans itu dibawa ke mahkamah dalam keadaan kedua-dua tangan digari pada pukul 8.30 pagi.

Menurut laporan Utusan Harian, ketua Polis Daerah Barat Daya,Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata ketika dihubungi, penahanan reman ke atas suspek bagi membantu siasatan mengikut seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tambahnya lagi, tempoh reman bermula hari ini dan polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berlaku.

Kredit: Utusan Harian, Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas