Connect with us

Oh! Media

Kes ‘Amoeba Pemakan Otak’ Di Korea Selatan, KKM Minta Rakyat Malaysia Berhati-Hati

Oh! Tidak

Kes ‘Amoeba Pemakan Otak’ Di Korea Selatan, KKM Minta Rakyat Malaysia Berhati-Hati

Beberapa hari yang lalu, dunia dikejutkan dengan satu berita mengenai kes pertama jangkitan Naegleria Fowleri atau dikenali sebagai ‘amoeba pemakan otak’ yang ditemui di Korea Selatan.

ADVERTISEMENT

BACA: Kes Pertama ‘Amoeba Pemakan Otak’ Di Korea Selatan, Masyarakat Dinasihat Tak Berenang Di Kawasan Air Tawar

Perkara ini disahkan Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) yang turut memaklumkan mengenai kematian seorang lelaki berusia lingkungan 50-an disebabkan sel itu.

KKM minta rakyat Malaysia berhati-hati

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat Malaysia untuk lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti yang berkaitan dengan air tawar selepas berlakunya kes yang boleh meragut nyawa tersebut.

Menerusi ciapan dibuat kementerian itu di Twitter, mereka menjelaskan bahawa Naegleri Fowler merupakan ameba termofilik yang boleh ditemui di seluruh dunia terutamanya di dalam habitat air tawar itu berupaya untuk menyebabkan kerosakan kepada otak.

Naegleri Fowler merupakan ameba termofilik atau dikenali juga sebagai organisma sel tunggal protozoa yang boleh ditemui di seluruh dunia terutamanya di dalam habitat air tawar seperti tasik, kolam, sungai, mata air panas serta juga dalam tanah. Walau bagaimanapun, ia tidak ditemui dalam air masin seperti di lautan.

Ameba Naegleri Fowleri tersebut juga dikenali sebagai ‘ameba pemakan otak’ kerana berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang. lanya berupaya untuk masuk ke dalam badan manusia melalui hidung semasa aktiviti berkaitan air tawar. Namun, sehingga kini tiada bukti jangkitan boleh merebak melalui wap air atau titisan aerosol.

Mereka yang dijangkiti Ameba Naegleri Fowler ini akan mengalami gejala awal seperti sakit kepala, demam, loya, atau muntah. Bukan itu sahaja, jangkitan mikroorganisma ini juga mampu membawa kepada gejala yang lebih serius iaitu kekakuan leher, kekeliruan, kurang kesedaran terhadap orang serta sekeliling, sawan, halusinasi, serta koma.

Lebih teruk lagi, Ameba Naegleri Fowler juga boleh menyebabkan jangkitan yang teruk pada otak sehingga menyebabkan kematian.

Meskipun tiada laporan yang menunjukkan bahawa penyakit ini berlaku di Malaysia, KKM meminta seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati dan mengambil langkah-langkah sewajarnya sewaktu melakukan aktiviti air tawar.

Kredit: Twitter KKM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas