Connect with us

Oh! Media

Kereta Terbabas Gara-Gara Lari Dari Anggota Rondaan, 3 Individu Ditahan

Oh! Tidak

Kereta Terbabas Gara-Gara Lari Dari Anggota Rondaan, 3 Individu Ditahan

Cubaan sebuah kenderaan yang dinaiki empat individu yang dalam keadaan mencurigakan bertindak melarikan diri semasa dikejar anggota kereta peronda (MPV) gagal apabila kereta yang dipandu mereka terbabas dalam kejadian di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Kuala Lumpur, semalam.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, kejadian yang dilaporkan berlaku pada pukul 5.15 petang itu menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dilihat dalam keadaan mencurigakan semasa bertembung dengan sebuah MPV yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Cheras menghala ke arah Kajang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kereta yang dalam keadaan mencurigakan itu diarahkan oleh anggota peronda itu untuk berhenti tetapi mereka terus memecut.

Anggota bertugas mengarahkan pemandunya berhenti untuk pemeriksaan, sebaliknya dia memecut.

Anggota MPV kemudian memohon bantuan Pusat Kawalan Cheras dan tiga unit MPV dikerah untuk membantu menahan suspek.

Semasa kereta suspek memecut, ia kemudian terbabas sendiri memasuki longkang besar berhampiran Taman Sri Nanding, Hulu Langat dan anggota berjaya memberkas tiga individu yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita hasil bantuan penduduk setempat.

Keadaan kereta yang dinaiki suspek yang terbabas ketika dikejar anggota peronda (Sumber: Harian Metro)

Individu yang dilihat dalam kereta tersebut pada asalnya mempunyai empat orang, tetapi seorang suspek berjaya melarikan diri dan usaha mengesan sedang giat dijalankan.

Semakan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang berusia 20 hingga 36 tahun itu memiliki pelbagai rekod jenayah dan saringan awal air kencing yang dibuat terhadap suspek mendapati mereka positif amphetamine dan methamphetamine.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaco..
Anda mungkin juga menyukai...

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top