Connect with us

Oh! Media

Kereta Langgar Pokok, 3 Lelaki Disahkan Maut

Oh! Tidak

Kereta Langgar Pokok, 3 Lelaki Disahkan Maut

Tiga individu lelaki disahkan meninggal dunia selepas kereta yang dipandu mereka terbabas merempuh sebatang pokok di jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, berhampiran dengan stesen minyak hari ini.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Sinar Harian, Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Hasim berkata, Pusat Gerakkan Operasi Kuala Lumpur menerima laporan kecemasan berkaitan kemalangan tersebut pada pukul 6.49 pagi tadi.

Seramai 18 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dan Pantai bergegas ke lokasi kejadian.

Mohd Nazri berkata, kemalangan tersebut mengakibatkan kereta yang dipandu terbelah kepada dua bahagian dan kereta dalam keadaan yang sangat remuk.

Tiga lelaki yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian (sumber: Sinar Harian)

Beliau berkata lagi, anggota yang bertugas telah mengeluarkan tiga mangsa berwarganegara tempatan yang tersepit dan tidak sedarkan diri.

Ketiga-tiga mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia di tempat kejadian.

Operasi mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang remuk tersebut tamat pada pukul 7.55 pagi tadi.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas