Connect with us

Oh! Media

“Kerangka besi yang dipasang tak menepati spesifikasi”- Penduduk Minta Pihak Berkuasa Buat Siasatan

Trending

“Kerangka besi yang dipasang tak menepati spesifikasi”- Penduduk Minta Pihak Berkuasa Buat Siasatan

Baru-baru in terjadi satu insiden dimana runtuhan jejambat dalam pembinaan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sehingga meragut nyawa. Namun, penduduk sekitarnya mendakwa runtuhan itu disebabkan kerangka besi di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) itu terlalu rendah daripada jejambat yang sedia ada, lapor akhbar Kosmo.

ADVERTISEMENT

Mereka meminta supaya pihak berkuasa membuat siasatan berhubung dengan insiden berkenaan.

Penduduk yang ingin dikenali sebagai Arman mendakwa pembinaan kerangka besi di lokasi itu cukup rendah dengan ketinggian tidak sampai lima meter. Menurutnya, tidak mustahil kemalangan itu berpunca daripada struktur pembinaan yang rendah dan bukan disebabkan pemandu treler memandangkan dia sering menggunakan laluan itu hampir setiap hari.

“Kenderaan berat itu boleh tersangkut di kerangka besi yang dipasang oleh pihak SUKE sebab tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan”

Seorang lagi penduduk mendakwa video yang tular itu tunjuk yang kerangka besi itu rendah dari jejambat yang sedia ada.

“Video itu jelas menunjukkan kedudukan kerangka besi yang dibina tidak ikut piawaian”

Bukan itu sahaja, menurutnya keadaan jalan raya di lokasi juga banyak yang berlubang dan berlopak disebabkan pembinaan itu dan boleh membahayakan penunggang motosikal.

Insiden itu telah mengakibatkan dua orang maut dan tiga yang lain mengalami kecederaan.

Kredit : Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas