Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Beri Jaminan Perlindungan Kepada Pemberi Maklumat Rasuah Salah Laku

Trending

Kerajaan Beri Jaminan Perlindungan Kepada Pemberi Maklumat Rasuah Salah Laku

Rasuah! Masalah ini takkan pernah selesai selagi ada pemberi dan penerima rasuah. Rasuah juga takkan pernah selesai selagi kita ambil keputusan untuk berdiam dan tak laporkan pada pihak berkuasa bila mengetahui berlakunya salah laku ini.

ADVERTISEMENT

Ini semua berlaku sebab orang ramai takut maklumat mereka dibocorkan sebagai pemberi maklumat.

Disebabkan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan perlindungan akan diberikan kepada pemberi maklumat tidak kira salah laku ini berlaku dalam sektor awam mahupun swasta.

Objektif penggubalan Akta 711 itu adalah untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dalam sektor awam serta swasta dengan menggalakkan orang awam untuk mendedahkan perbuatan rasuah, selain kelakuan tidak wajar.

Akta ini juga memberi perlindungan maklumat sulit, kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah serta perlindungan daripada tindakan memudaratkan. Ia memberi kuasa kepada agensi penguatkuasaan menjalankan penyiasatan terhadap kelakuan tidak wajar dan tindakan memudaratkan. – Jelasnya.

Jadi, mana-mana individu yang tampil memberikan maklumat akan dilindungi dari segi identiti, alamat dan pekerjaan mereka serta sebarang tindakan jenayah ke atas pemberi maklumat.

Bagi kami, apa yang diusakan oleh kerajaan bagi melindungi pemberi maklumat sudah baik.

Jadi kita tak perlu risau lagi dan sekiranya ada maklumat boleh terus laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Diharapkan agar mereka yang bertanggungjawab menguruskan aduan ini turut sama menjalankan tugas dengan sebaiknya dan tidak melakukan sebarang pembocoran maklumat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas