Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Belum Bercadang Wajibkan Dos Penggalak Sebagai Syarat Lengkap Vaksin

Dos penggalak

Oh! Tidak

Kerajaan Belum Bercadang Wajibkan Dos Penggalak Sebagai Syarat Lengkap Vaksin

Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk menjadikan syarat melengkapkan dos vaksin adalah dengan pengambilan dos penggalak.

ADVERTISEMENT

BACA : Penularan Varian Omicron Semakin Teruk?

Menurut laporan Berita Harian, pengambilan dos penggalak itu adalah secara sukarela dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang.

Walaupun peratusan (penerimaan) dos penggalak agak perlahan iaitu hanya 10.83 peratus sahaja setakat ini, tetapi kita tidak boleh jadikan booster (dos penggalak) sebagai wajib.

Disebabkan adanya kemunculan varian baru iaitu Omicron, semua orang digalakkan untuk mengambil dos penggalak.Untuk pengetahuan, penularan varian jangkitan Omicron ini dikatakan lebih teruk berbanding varian sebelum ini iaitu Delta.

Apapun, jangan lupa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas