Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Bakal Sekat Semula Aktiviti Sosial?

Aktiviti Sosial

Trending

Kerajaan Bakal Sekat Semula Aktiviti Sosial?

Selepas negara beralih ke tahap endemik nanti, kerajaan dikatakan tak teragak-agak untuk sekat semula aktiviti sosial jika berlakunya peningkatan kes jangkitan wabak. 

ADVERTISEMENT

BACA : Hisamudin Yahaya Cadang Kerajaan Naikkan Cukai Vape

Sekiranya negara beralih ke tahap endemik nanti, kerajaan hanya menggunakan satu prosedur operasi standard (SOP) sahaja iaitu protokol kesihatan umum dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mastura Yazid.

Oleh sebab itu, kerajaan akan melaksanakan langkah mencegahan dan memantau dengan sistem ‘heightened alert’ jika terdapat kes mendadak ataupun meningkat nanti.

Menurut laporan Berita Harian, Mastura juga menjelaskan bahawa proses peralihan ke fasa endemik mempunyai beberapa indikator yang perlu dipenuhi dulu sebelum usaha baru diperkenalkan.

Ketika di Dewan Rakyat harini, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-TUMPAT) sempat ajukan soalan kepada Mastura berkenaan sama ada kerajaan akan membuat satu pelan baru ataupun tidak memandangkan ramai yang mula tidak menjaga SOP dan bebas bergerak sana-sini. 

Beliau menjawab dan menjelaskan bahawa SOP berkenaan akan diputuskan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan Perdana Menteri berdasarkan penilian KKM.

Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Kita masih belum menang dan jangan pentingkan diri!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas