Connect with us

Oh! Media

Keputusan Ujian Saringan Bagi 3 Makanan Ini Positif

Trending

Keputusan Ujian Saringan Bagi 3 Makanan Ini Positif

Dunia ketika ini memang tengah bertungkus lumus untuk memutuskan rantaian Covid19 tapi korang tahu tak, terdapat sampel bungkusan makanan yang dijangkiti wabak ini selepas membuat ujian saringan?! Ingatkan manusia je, rupanya makanan pun boleh positif. 

ADVERTISEMENT

Menurut daripada petikan Harian Metro, terdapat tiga bungkusan yang telah disaring dan hasil ujian menunjukkan keputusan positif. Dua daripadanya adalah sampel daging frozen dari Brazil yang disimpan dalam gudang dan satu lagi adalah bungkusan ikan frozen dari Vietnam yang disimpan dalam gudang lain. Perkara ini telah dikatakan sendiri oleh Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan.

Pekerja yang mempunyai kontak rapat dengan makanan terbabit telah membuat ujian saringan nukleik dan hasil keputusan mereka didapati negatif setakat ini. 

Sekarang ni, negara China dikatakan akan berusaha untuk menyekat mana-mana makanan yang diimport ke negara mereka dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid19. 

Kita takkan nampak dan takkan tahu pun dimana virus ini berada sekarang. Semoga kita semua sentiasa dijauhkan dari wabak ini ya gais.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca makanan positif Covid19 di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas