Connect with us

Oh! Media

Kenyataan Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) Mengesahkan Dr Noor Hisham Tiada Kaitan Dengan Freemason

Trending

Kenyataan Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) Mengesahkan Dr Noor Hisham Tiada Kaitan Dengan Freemason

Baru-baru ini, Gambar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika menerima Ijazah Fellowship Ad Hominem dari The Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) yang tular di laman sosial kerana dikaitkan dengan upacara Freemasons dan keagamaan adalah tidak benar serta fitnah.

ADVERTISEMENT

Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) mengesahkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima anugerah ‘Fellowship Ad Hominem’ daripada pihak mereka pada Oktober 2017.

RCSEd juga turut mengesahkan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan itu menerima anugerah berkenaan daripada Presiden RCSEd, Mike Lavelle-Jones pada 2 Februari 2018.

Dr Noor Hisham juga menyangkal dakwaan tersebut dengan memuat naik satu salinan surat yang menafikan dakwaan beliau menghadiri dan terlibat dengan kegiatan Freemason.

“Penyebaran fitnah melalui media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini semakin berleluasa dan sukar ditangani.

“Kebanyakan aplikasi media sosial diguna bagi menyebarkan pelbagai berita dan cerita palsu berunsur fitnah.

“Alhamdulillah pihak Royal College of Surgeons Edinburgh telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Profesor Datuk Dr Hanafiah Harunarashid atas pencerahan ini,” kata Dr Noor Hisham di Facebooknya hari ini.

Turut menjadi saksi upacara anugerah tersebut adalah Hanafiah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang juga Ahli Lembaga Pengarah RCSEd Malaysia dan bekas Penasihat Antarabangsa RCSEd.

Anugerah ‘Fellowship Ad Hominem’ antara anugerah tertinggi dikurniakan RCSEd kepada pengamal perubatan yang masih berkhidmat atau bersara mahu pun mana-mana individu dianggap layak.

Kredit : BeritaHarian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas