Connect with us

Oh! Media

Kenderaan Keluar Dari Kelantan Meningkat 25 Peratus

Trending

Kenderaan Keluar Dari Kelantan Meningkat 25 Peratus

Di Gua Musang, Kelantan, jumlah kenderaan rentas negeri khususnya menghala ke Kuala Lumpur melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dilaporkan meningkat sejak semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: 22 Kompaun Di SJR Plaza Tol Gombak Dikeluarkan Semalam

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah, Superintendan Sik Choon Foo berkata peningkatan jumlah kenderaan didapati sebanyak 25 ke 30 peratus.

Apapun, kita sentiasa meningkatkan kawalan dan pemeriksaan lebih ketat ke atas kenderaan yang melalui jalan itu.

Tambahnya, peningkatan jumlah kenderaan tersebut melibatkan laluan utama di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis. Sementara Jalan Gua Musang-Cameron Highlands menunjukkan tidak banyak perubahan.

Foto: Harian Metro/Ramli Ibrahim

Walau bagaimanapun, kesesakan jalan tidak kritikal kerana perjalanan trafik terkawal bermula dari Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Ujar Sik lagi, pihaknya turut memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) orang awam di negeri terbabit.

Semalam empat kompaun termasuk dua tidak memakai pelitup muka dan dua lagi kompaun tidak mengimbas kod QR dikeluarkan.

Katanya, orang awam mula mengambil leka dan tidak sepenuhnya mematuhi SOP selepas Aidilfitri.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas