Connect with us

Oh! Media

Baru Kenal Tiga Hari, Sudah Berani Ikut 4 Lelaki

Trending

Baru Kenal Tiga Hari, Sudah Berani Ikut 4 Lelaki

Budak-budak zaman sekarang ni senang sangat kena pengaruh. Baru kenal, dah berani ikut pergi bilik sewa. Bukan tu je, sampai sanggup tipu ibu sendiri semata-mata nak jumpa lelaki yang baru je kenal tiga hari.

ADVERTISEMENT

Semalam ada dilaporkan mengenai seorang remaja perempuan tingkatan satu yang telah ditangkap di sebuah bilik sewa bersama enam lagi individu yang lain. Termasuk dua remaja perempuan, masing-masing berusia 15 dan 18 tahun, serta empat lelaki berusia antara 14 hingga 21 tahun. 

Remaja perempuan itu dikatakan telah memberi alasan kepada ibunya hendak keluar sebelum dia pergi bersama lelaki yang dipercayai dikenalinya melalui WhatsApp selepas diperkenalkan oleh kawannya.

Bilik yang agak sempit dan padat itu dipercayai telah disewa dengan harga RM50 semalam oleh salah seorang lelaki.

Remaja berusia 13 tahun itu telah berjaya diselamatkan selepas polis menyerbu bilik itu pada pukul 12.30 tengah malam tadi. Dia turut ditahan bersama enam lagi individu lain.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang diketuai Asisten Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim.

Anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dikatakan turut menyertai operasi itu.

Beliau berkata, mereka berada di dalam satu bilik dan tujuh daripada mereka turut didapati positif dadah.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif ketamin dan methampetamine. – Katanya.

Menurutnya lagi, mereka yang didapati positif dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baru tiga belas tahun dah berani ikut lelaki pergi bilik sewa. Sebab itu lah orang cakap pentingnya untuk kita ada kawan yang baik, sebab kawan ni senang untuk pengaruh kita. Lebih-lebih lagi remaja yang baru belasan tahun.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas