Connect with us

Oh! Media

Kemunculan 50 Ikan ‘Dolphin’ Disangka Petanda Bencana, Pakar Tampil Beri Penjelasan

Trending

Kemunculan 50 Ikan ‘Dolphin’ Disangka Petanda Bencana, Pakar Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini, terdapat sekumpulan nelayan mendakwa telah terserempak dengan kira-kira 50 ekor ikan lumba-lumba (Dolphin) di perairan berhadapan Jeti Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Pelajar UMT Berjaya Selamatkan Dolphin

Penemuan spesies itu dikatakan berlaku Isnin lalu pada pukul 1.30 tengah hari ketika mereka dalam perjalanan menangkap ikan di kawasan Pulau Rimau.

Salah seorang dari nelayan tersebut yang dikenali sebagai Mohamad Fadli mengakui peristiwa tersebut merupakan pengalaman manisnya apabila melihat mereka dalam jumlah yang besar.

Bagaimanapun, terdapat pula berita tidak enak didengari apabila terdapat pihak yang mendakwa kemunculan spesies itu membawa petanda buruk yang bakal berlaku tidak lama lagi termasuklah berlakunya bencana alam.

Kemunculan ikan Dolphin didakwa bawa petanda ‘buruk’, pakar beri penjelasan

Berhubung dengan perkara itu, Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Aileen Tan telah tampil memberikan maklum balas.

Hal itu selepas terdapat pihak yang menganggap penemuan ikan tersebut akan membawa petanda bakal berlakunya ombak besar atau tsunami yang pernah berlaku di Pulau Pinang kira-kira 17 tahun lalu.

Prof. Datuk Aileen Tan
Prof. Datuk Aileen Tan

Bagaimanapun, beliau dengan pantas menafikan dakwaan tersebut selain menyifatkan perkara tersebut adalah normal bagi penemuan spesis tersebut setiap hujung tahun.

Tambahnya, ketika ini merupakan musim ikan lumba-lumba bermigrasi untuk mencari sumber makanan dan bukanlah petanda akan berlaku bencana alam.

Rasanya bukan petanda tsunami kerana setiap tahun masa yang sama kekerapan penemuan ikan lumba-lumba adalah lebih tinggi.

Katanya, orang ramai mungkin yakin akan petanda tersebut oleh kerana terdapat tiupan angin yang berlaku sejak dua hari ini. Namun, Aileen Tan menyatakan ia hanyalah kebetulan sahaja.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas