Connect with us

Oh! Media

Kempunan Nak Makan Ikan Baung, Mat Motor Ditahan Polis

mat motor

Trending

Kempunan Nak Makan Ikan Baung, Mat Motor Ditahan Polis

Sekumpulan mat motor yang teringin untuk menjamu selera ikan baung di kedai makan Kampung Telaga Terengganu, ditahan kerana mengubahsuai ekzos motosikal dan melakukan beberapa kesalahan lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Hanya Ada RM2, Netizen Tersentuh Warga Emas Bantu Gadis Kehabisan Minyak Motor

Menurut Sinar Harian, selepas beberapa orang di antara mat motor tersebut sengaja membuat bising dengan membunyikan ekzos, seramai 52 orang telah ditahan oleh pegawai dan anggota polis yang turut berada di kawasan tersebut.

Berpesta bunyi selama 10 minit

mat motor
Antara motosikal yang ditahan (Foto: Sinar Harian)

Superintendan Ismail Man berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu telah memerhatikan gelagat mat motor itu yang menggangu ketenteraman penduduk setempat.

Mereka dibiarkan berpesta ‘bunyi’ dalam tempoh lebih kurang 10 minit, sebelum pemeriksaan ke atas 52 motosikal dilakukan.

Pemeriksaan mendapati selain menunggang motosikal dengan bunyi ekzos yang kuat, ada juga yang melakukan beberapa kesalahan melibatkan aksesori motosikal.

Kumpulan mat motor ini berkonvoi dari Kuantan, Pahang semata-mata nak nak makan masakan ikan baung di Kampung Telaga itu. Tapi apakan daya, niat mereka tergendala apabila ditahan oleh pihak polis.

Akibat dari tahanan polis itu, 67 saman telah dikeluarkan oleh pihak polis dan semua individu yang berusia 19-47 tahun berseta dengan motosikal mereka dibawa ke IPD Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas