Connect with us

Oh! Media

Kemaluan Lelaki Tersekat Dekat Muncung Botol Plastik

Trending

Kemaluan Lelaki Tersekat Dekat Muncung Botol Plastik

Seorang lelaki cemas apabila kemaluannya tersekat pada muncung sebuah botol plastik. Pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan tentang inisiden itu pada pukul 7.18 malam semalam.

ADVERTISEMENT

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Julia Sani mengatakan yang sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama enam anggota dihantar ke Hospital Pontian untuk bantu mengeluarkan botol plastik tersebut dari kemaluan mangsa.

Setibanya di Hospital Pontian, didapati seorang lelaki dewasa berusia 47 tahun dengan kemaluannya tersekat pada muncung sebuah botol plastik.

Alat sulit lelaki berkenaan membengkak menyebabkan ia sukar dikeluarkan dari muncung botol plastik itu menyebabkan dia ke Hospital Pontian bagi mendapatkan bantuan.

Anggota bomba bertindak memotong botol berkenaan menggunakan satu unit alat peralatan khas pemotong sebelum berjaya mengeluarkan kemaluan lelaki itu dari muncung botol plastik berkenaan.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan botol itu dari kemaluan mangsa. Persoalannya, macam mana botol tu boleh tersekat dekat situ?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas