Connect with us

Oh! Media

Keluarga Mangsa Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas Pengusaha ‘Fun Fair’

fun fair

Trending

Keluarga Mangsa Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas Pengusaha ‘Fun Fair’

Semalam kita dikejutkan dengan video kemalangan melibatkan dua beradik yang tercampak keluar daripada permainan ‘Sotong Ride’ di Fun Fair Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam.

ADVERTISEMENT

BACA: Tragedi Fun Fair Puncak Alam: Abang Mangsa Kongsi Keadaan Terkini Adik

Keadaan mangsa bagaimanapun dilaporkan baik dan kini sedang dirawat. Bagaimanapun, keluarga mangsa menegaskan mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha pesta ria terbabit.

Memetik laporan Berita Harian, ibu mangsa, Faizah Mat Sam berkata tindang undang-undang diambil selepas pengusaha dilihat mengambil mudah dan cuai sehingga menyebabkan kecederaan kepada anaknya, Noraziera Zulkiffle, 31 tahun dan Shah Faraz Aiefan, 11 tahun.

Laporan polis telah dibuat

Anak bongsu cedera pada mata kiri dan kaki kiri manakala anak sulung pula mengalami hentakan di kepala.

Malah laporan polis juga dibuat supaya mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Ketika kejadian, ibu mangsa memaklumkan dia turut diajak tapi tidak dapat ikut ke pesta ria kerana sakit lutut. Mangsa kemudian pergi bersama dua orang lagi anaknya dan seorang menantu pada jam 7 malam menaiki kereta.

Pada waktu itu saya berasa berat hati untuk melepaskan mereka sehinggalah menerima panggilan telefon memaklumkan kejadian.

Terdengar bunyi dan nampak besi keselamatan tercabut

Saksi kejadian yang juga merupakan adik kepada mangsa, Nurazliyana, 17 tahun menceritakan detik-detik kejadian di mana ketika itu mereka berada di belakang gerabak mangsa.

Saya bersama adik, Nurazriyanie, 15, turut menaiki permainan itu dalam sebuah gerabak lain. Selepas tiga kali pusingan, kami terkejut apabila besi keselamatan itu dipercayai tercabut hingga menyebabkan mereka tercampak keluar.

Kita harapkan agar pihak berkuasa tidak mengambil mudah dan kenakan hukuman keras agar kejadian sama tidak berulang.

Kredit: Berita Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas