Connect with us

Oh! Media

Keluar Rumah Untuk Hirup Udara Segar, Alasan Individu Positif Ini Tuai Kecaman Netizen

Trending

Keluar Rumah Untuk Hirup Udara Segar, Alasan Individu Positif Ini Tuai Kecaman Netizen

Sudah semestinya bagi golongan positif yang dijangkiti, mereka perlu kuarantinkan diri di dalam rumah bagi mengelakkan penularan berlaku.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Tular Cabut Gelang ‘Pink’ Sebab Nak Keluar, Remaja Dikompaun

Jika golongan positif pada tahap yang teruk, mereka akan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan bagi menyelamatkan nyawa mereka.

Akan tetapi, terdapat banyak kes melibatkan individu yang tidak bertanggungjawab yang gemar keluar dari rumah walaupun mereka telah dijangkiti.

Perkara ini mampu menjangkiti orang ramai pada suatu kawasan tanpa kita sedari. Maka, mereka digalakkan untuk stay at home.

Individu positif keluar rumah

Perkara sama berlaku apabila seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kecewanya apabila melihat seorang individu yang keluar rumah walaupun disahkan positif.

Pengguna bernama @pvncessfatin itu memuat naik sebuah hantaran daripada aplikasi Tiktok individu berkenaan yang memberikan alasan mengapa perlu keluar dari rumah.

https://twitter.com/pvncessfatin/status/1426390006684209156

Menerusi hantaran itu, individu tersebut mengatakan bahawa pesakit yang positif perlukan oksigen dari luar rumah kerana ianya percuma daripada Allah SWT.

Dia juga turut mengatakan bahawa pesakit memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit untuk keluar menghirup udara segar dan menasihati jiran-jiran supaya tidak takut.

Sudah semestinya perbuatan itu salah dan mampu menyebarkan jangkitan kepada kawasan sekitar tanpa kita sedari.

Menurut hantarannya lagi, dikatakan tempat kejadian berlaku di Saujana Aman dan tak jauh dari puncak Alam serta Saujana Utama.

Bagaimanapun, menurut pengguna itu, individu tersebut sudahpun bertindak memadam hantarannya itu.

https://twitter.com/pvncessfatin/status/1426581859211780110

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut yang tidak langsung memikirkan tentang masyarakat sekitar dan mementingkan diri sendiri.

Setakat ini, hantaran yang dimuat naik itu telah mendapat 6,815 tweet semula serta 4,748 tanda suka.

Kredit: Twitter @pvncessfatin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas