Connect with us

Oh! Media

Keluar Bersama Selepas 2 Hari Kenal, Lelaki Berusia 30 Tahun Kini Trauma Dicabul

Trending

Keluar Bersama Selepas 2 Hari Kenal, Lelaki Berusia 30 Tahun Kini Trauma Dicabul

Selalu kita dengar kes cabul ni banyak melibatkan golongan wanita je, tapi zaman sekarang ni jangan terkejut sebab lelaki pun boleh ada kemungkinan untuk jadi mangsa jenayah cabul tau. Bagi sesetengah orang mungkin dengar macam lawak tapi apakan daya, nafsu ‘orang’ zaman sekarang ni bukan boleh kira, semua dia sapu.

ADVERTISEMENT

Seorang penceramah bebas yang juga merupakan seorang ustaz telah ditahan di sebuah madrasah di Machang jam 3 petang semalam apabila dia didakwa kerana telah mencabul seorang lelaki berumur 30 tahun.

Kejadian itu berlaku pada jam 1.15 pagi di sebuah hotel selepas suspek dan mangsa yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dikatakan telah keluar makan bersama.

Mangsa memberitahu bahawa perkenalan dia dan suspek bermula di sebuah pasar raya sebelum mereka berdua bersetuju untuk keluar bersama, dua hari selepas itu.

Menurut mangsa, sebelum kejadian, suspek ada menghubunginya dan mengajak mangsa keluar minum bersama.

Semasa berada di tempat kejadian, suspek dikatakan telah mencium pipi dan turut melakukan perbuatan kelucahan yang melampau kepada mangsa.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek membuat laporan polis selepas kejadian itu dan telah pergi untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital. – Kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Mangsa juga ada memberitahu, bahawa dia masih lagi trauma dengan kejadian yang berlaku kepada dirinya itu dan berharap pihak polis dapat melakukan siasatan terperinci mengenai kes tersebut.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas